- Teruskan Melangkah -
Mungkin di sebalik peritnya ranjau ujian-Nya,
Tersedia
bertimpal-timpal ganjaran di syurga,
Berkat
sabar kaumenghadapinya.
Duhai
sahabat ukhti fillah,
Bangkitlah
dari jatuhmu,
Melangkahlah
dengan semangat baru,
Jangan
lagi kaulayani tangisan itu,
Kerana
yang lebih bermakna adalah redha-Nya,
Percayalah,
dikau tidak pernah melangkah sendirian,
Doa kami
sentiasa di sisimu,
Berjanjilah
wahai teman,
Berjanjilah..
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”
-Surah al-Baqarah ayat 216-
No comments:
Post a Comment