Friday 18 October 2013

KERAJAAN TURKI UTHMANIYAH (1288 M -1924 M)

asalamualikum dan slm sejahtera.. b4 this copy entri yg panjang2 pun '' nurul iman '' bukan nak baca, dia terlelap kat dpn pc ada la hampehhh  . nah kita buat yg simple2 je.. jom kenal sejarah kegemilangan zaman Khalifah2 islam di turki. yg simple mcm nie kalu dia xbaca xtahu la..hehe utk yg lain juga.. mcm biasa copy and paste drpd blog org lain. thanks kpd blog yg bagi copy kisah  ni.

ok.. pada suatu hari terdapat......... hehe

KERAJAAN TURKI UTHMANIYAH
(1288 M -1924 M)

Lambang  Kerajaan Turki Uthmaniyah

Ilustrasi Gambar-gambar Para Sultan Kerajaan Turki Uthmaniyah.
(1288M - 1924 M)

Kerajaan Turki Uthmaniyah ini di asakan oleh Sultan pertamanya iaitu Sultan Uthman Al-Ghazi Bin Ertughrul.

Sultan Uthman  IAl-Ghazi Bin Ertughrul.
(1288 M - 1327 M).

Kerajaan Turki Uthmaniyah mencapai tahap kegemilangan dan keagungannya sewaktu pemerintahan Sultan Muhammad Al-Fateh / Muhammad II Bin Sultan Murad II telah menakluk Kota konstantinopel yang menjadi pusat pemerintahan Kerajaan Byzantine (Rom Timur) dan di anggap sebagai kota suci bagi penganut agama kristian sewaktu ketika dahulu.
Kejayaan Sultan Muhammad Al-Fateh dan bala tentera di dorong oleh keimanan dan ketaqwaan yang tinggi kepada Allah, semangat juang dan kerjasama, patuh pada ajaran agama, patuh pada pemerintah dan juga  keberkesanan strategi dan kebijaksanaan para pemimpin.
 Kejayaan penaklukan Kota Konstantinopel yang jatuh ke tangan Sultan Muhammad Al-Fateh juga di dorong oleh Sebuah Hadis Baginda Nabi SAW tentang kejatuhan Kota Konstantinopel. Hadis Nabi SAW ini terbukti selepas 800 tahun Baginda Nabi SAW bersabda......wallahu a'lam....



Sultan Muhammad II Bin Sultan Murad II
(1451 M - 1481 M)

Selepas ketiadaan beliau, tempatnya di ganti oleh anak Sultan Beyazid II. Semasa zaman pemerintahannya, beliau banyak membangunkan banyak banggunan-banggunan awam, jalan raya, jambatan dan lain-lain lagi.Padalah asalnya tujusn utama pembinaan jalan raya dan jambatan adalah untuk kegunaan ketenteraan, tetapi pada masa yang sama ianya di gunakan oleh orang awam dan para peniaga.Sumbangan beliau yang bermakan di dalam bidang keagamaan ialah dengan pembinaan Masjid Istanbul. Masjid ini di namakan semperna namanyayang telah di bina pada tahun 1497 M-1503 M.

Sultan Beyazid II Bin Sultan Muhammad II
(1481 M - 1512 M)

Pembanggunan demi pembanggunan, kejayaan demi kejayaan, pembaharuan demi pembaharuan yang agak pesat di capai dari zaman Sultan Uthman I sehinggalah zaman Sultan Sulaiman Al-Qanuni / Sulaiman I. Pada tahun 1550 M, sewakru beliau mencapai mercu kejayaan dan keagungan, beliau telah mendirikan sebuah masjid di Istanbul yang begitu hebat dari segi reka bentuk dan ukirannya sehingga boleh membayangi kehebatan dan keindahan Masjid Ain Sofia (Aya Sofia). Masjid ini boleh di anggap sebagai banggunan terindah pada zaman Turki Uthmaniyah. Selain dariapad itu, beliau telah mebina dan membangunkan 75 buah lagi masjid besar dan 49 yang kecil telah di binanya. Selain daripada masjid, beliau membangunkan 49 buah madrasah, 7 buah institusi pengajian Al-Quran, 7 buah hospital, 7 buah jejambat, 5 buah gedung perniagaan, 27 buah istana, 8 buah rumah tumpangan, 31 kolam renang, 18 buah rumah mandi mayat telah pun di bina dan di bangunkan olehnya.Ini adalah satu sumbangan yang cukup besar bagi seorang pemerintah.


Sultan Suleiman I Al-Qanuni Bin Sultan Salim I
(1520 M - 1556 M)

Kenaikan Sultan Salim II (1556 M-1573 M) dianggap oleh ahli-ahli sejarawan sebagai titik permulaan kejatuhan empayar Turki Uthmaniyah dan pengakhiran zaman keagungan Turki. 

Sultan Salim II Bin Sultan Sulaiman I.
(1556 M - 1573 M)

Sehinggalah sampai ke zaman kejatuhan empayar islam Turki yang terakhir dengan peristiwa pemecatan Sultan Abdul Al-Majid II 


Sultan Abdul Majid II.
(1918 M - 1924 M)
,Setelah kejatuhan Sultan Abdul Majid, Mustafa Kamal Ataturk yang di lantik sebagai presiden me ‘Republik’ kan Turki dengan menhapuskan institusi kekhalifahan islam dan telah menghina islam di mata musuh-musuh islam di Eropah seperti British dan Yahudi.Dia telah menutup madrasah-madrasah agama di seluruh Turki, menukar azan dalam bahasa Arab ke dalam bahasa Turki, menukar Al-Quran dalam bahasa Arab ke bahasa Turki, menghalang umat islam Turki menunaikan solat secara berjemaah, mengharamkan membaca Al-Quran dalam bahasa Arab, perlu dalam bahasa Turki dan cuba memadamkan sinar islam di Turki demi menegakkan agenda yahudi dan sekutunya…….Wallahu A’lam…urk yang di lantik sebagai presiden me ‘Republik’ kan Turki dengan menhapuskan institusi kekhalifahan islam dan telah menghina islam di mata musuh-musuh islam di Eropah seperti British dan Yahudi.Dia telah menutup madrasah-madrasah agama di seluruh Turki, menukar azan dalam bahasa Arab ke dalam bahasa Turki, menukar Al-Quran dalam bahasa Arab ke bahasa Turki, menghalang umat islam Turki menunaikan solat secara berjemaah, mengharamkan membaca Al-Quran dalam bahasa Arab, perlu dalam bahasa Turki dan cuba memadamkan sinar islam di Turki demi menegakkan agenda yahudi dan sekutunya…….Wallahu A’lam…

Mustafa Kemal Ataturk (Leluhur Turki)




1 comment: