Tuesday 22 January 2013

REHAT JAP HILANGKAN TENSION...

LAYAN…………

******************
kerana tak tahan nak terkucil yang amat sangat, suatu
malam tu....... pak pandir pun terjaga dengan
tergesa-gesa dia pin bukaklah pintu tandas. 
Bila bukak jer.... otomatik lampu nyala sendiri.
Hairan!! selesai laksanakan HAJAT pak pandir terus
keluar....... sekali lagi lampu tu terpadam dengan
sendiri bile pak pandir tutup jer pintu. 
die pon citer kat mak Andih esoknye...Mak Andih dengan
HOTnye terus menempeleng muke pak pandir lapan ratus
lapan puluh lapan kali........
Hai...boleh die bung air kat dalam peti ais?!!!

********************************************

Sudah lebih 60 tahun usia perkahwinan Pak Mat dengan
isterinya, Mak Lijah. Di awal perkahwinan dulu, mereka
sering makan bersama, saling suap-menyuap antara satu
sama lain. 
Tetapi sekarang, antara mereka perlu menunggu salah
seorang habis makan dulu.... hari ni Pak Mat makan
dulu sampai habis, barulah Mak Lijah disuapkan.
Esoknya, Mak Lijah makan dulu dan kemudiannya Pak Mat
disuapkan. Begitulah hari-hari seterusnya. Ini kerana
mereka kini berkongsi GIGI PALSU.

********************************************

Kisah ini berlaku tatkala sekumpulan penduduk di
kawasan puchong heboh
> tentang kononnya ada buaya terlepas ke dalam
sebatang sungai berdekatan
> kawasan tempat tinggal diaorang.
>
> sumer org kecoh...Bimbang akan keselamatan
penduduk-penduduk
> (terutamanya budak2) di tebing sungai tersebut,
mereka mengadu kepada
> pihak media yg akhirnya sampai ke telinga sultan
selangor sendiri.
>
> sultan agak terkejut bila dgr berita tersebut kerana
sumer org tau mana
> ada buaya dlm sungai kat selangor (sungai kotor
maa..), tapi sbb semua
> org panik, baginda mengambil counter
measure...menitahkan, barang siapa
> berani berenang ke seberang sunagi tersebut, baginda
akan memberi org
> tersebut kurnia yg merupakan sebuah rumah kereta
mercedes dgn duit
> 500k maka ramai la org berkumpul di tebing sungai tu
(tak takut pulak
> buaya tu).
>
> tp biasa la org m'sia...terlebih perihatin - org je
ramai kat tepi tu
> tp takder pun sorang nak berenang cross sungai tu.
sampai waktu
> tengahari yg panas terik tu..tetiba ada la sorang
makhluk allah ni
> terjun ke dalam sungai tu..sumer org terkejut tgk
punya la laju dia
> pegi berenang ke seberang sungai tu. sampai kat
seberang sana..sumer
> org bertepuk tgn dan congrats dia..rupa2 nya dia nie
org sarawak.
>
> wakil istana yg mmg ada kat sana terus memanggil
mamat tu dan bawak dia
> pi istana. maka sultan pun dengan suka citanya
mengumumkan yg dia dapat
> kereta dgn duit tu..tp dia dgn pelat sarawaknya yg
pekat tu menjawab
>
> "kamek duduk kat utan...kamek tak mau kereta dgn
duit tu"
>
> sultan pun terperanjat sbb org tu tak mau terima
kurnia tu..so, baginda
> offer lot rumah banglo kat bangi, sekali dgn rumah
banglo dan duit
> 500k. tp mamat sorang nie geleng kepala,
>
> "kamek suka duduk rumah papan, kamek tak mau rumah
batu..."
>
> sultan yg makin confuse, lalu tanya kat mamat
nie..apa yg dia nak..
>
> "kamek nak tau, sapa yg tolak kamek masuk sungai
tu!"
>
> ---hehehe---

********************************************

di suatu malam yang gelap pekat, dua sahabat yang
terlewat pulang terpaksa melintasi satu kawasan
perkuburan yang terkenal sebagai tempat yang sangat
'keras' di kampung mereka itu. jam telah menunjukkan
lewat 12 tengah malam. namun, oleh kerana hanya itu
sahaja satu-satunya laluan untuk sampai ke rumah,
mereka terpaksa memberanikan diri.

tiba-tiba, langkah mereka terhenti. 

A: B, kau dengar tak apa yang aku dengar?

B: ha ah la A. bunyi macam orang sedang memahat batu
la...

dengan perasaan takut yang amat sangat, kedua-duanya
menoleh ke sekeliling mereka, cuba mencari dari arah
manakah datangnya bunyi itu. kelihatan di salah satu
kubur di situ, cahaya dari lampu minyak tanah dan
seseorang yang duduk memahat sesuatu.

A: la... hampir hilang semangat aku. ingatkan
jembalang mana tadi yang nak mengusik. orang rupanya.

B: ya la... eh, jom kita tengok apa yang dibuatnya
tengah-tengah malam buta ni. ada gak buat teman kita,
tak la takut sangat.

kedua-duanya menghampiri lembaga yang duduk
mencangkung membelakangi mereka itu. 

A: samekom sedara! apa yang dibuat tu? tak takut ke?

B: ye la, dah lewat sangat ni. sambung esok je la!

Lembaga: takut gak. tapi ni ha... siang tadi diorang
salah eja nama aku kat batu nisan ni. terpaksa la aku
betulkan sendiri! nak buat esok tak boleh plak!

tanpa bertangguh lagi, A & B terus membuka langkah
seribu...

moral: jangan suka balik lewat malam & jangan memandai
nak jadi peramah tak kena tempat, apalagi waktu tengah
malam.

kuang... kuang... kuang...

********************************************


Di suatu pagi,sorang mamat ni pegi la beli kuih kat
sorang makcik ni. Dia tengok semua cucur udang makcik
ni jual takde pun udang ditengah-tengah cucur
tersebut...lalu si mamat ni pun tanye....

Mamat : Makcik,apasal semua cucur udang makcik takde
udang? Bukan ke selalunyer orang jual ada udang kat
tengah cucur tu.

Dengan muke selambernyer...makcik tersebut menjawab...

Makcik : Eh,makcik tengok orang jual cucur badak takde
pun diorang letak badak..so,makcik pun takde la nak
letak udang...

********************************************

Dalam satu kawasan di hutan rimba semua penghuninya
telah bersepakat untuk mengadakan pesta nyanyian. Bila
sampai waktu yang ditetapkan maka berkumpul semua
penghuni sama ada untuk menonton atau menyertai
pertandingan nyanyian tersebut.

Beberapa kumpulan binatang termasuk monyet, rusa dan
lain-lain telah menyampaikan lagunya dan semua
binatang lain bertepuk tangan dan bersorak memberi
sokongan.

Maka tibalah giliran babi hutan untuk membuat
persembahannya. Apabila kumpulan babi ini menyebut
senikata 'KITA SERUPA!, KITA SERUPA!' semua
binatang-binatang lain lari bertempiaran meninggalkan
pesta tersebut dan tinggallah kumpulan babi hutan
saja.

Babi hutan: Kenapa binatang-binatang lain lari hah??

********************************************

Pada suatu tengah malam telepon di rumah seorang
pustakawan berdering.

"Pukul berapa perpustakaan akan di buka?" seorang
pemuda di hujung talian bertanya. "Jam 9 pagi encik,
apa hal yang penting sangat encik menelifon saya
tengah malam buta nie?" tanya pustakawan tadi.

"Tak boleh buka awal lagi ke?" pemuda itu bertanya
lagi dengan nada kecewa. "TIDAK, tidak akan dibuka
sebelum pukul 9!" si pustakawan menjawab dengan nada
yang tinggi. "Penting sangat ke sampai encik tidak
boleh tunggu sampai pukul 9 pagi untuk masuk?". "Siapa
kata saya mau masuk?" kata pemuda itu kesal, "SAYA MAU
KELUAR!"

No comments:

Post a Comment