Wednesday 23 January 2013

''ALLAH SELAMATKAN KAMU''

'Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup,
pintu yang lain dibukakan.
Tetapi acapkali kita terpaku terlalu lama pada
pintu yang tertutup sehingga tidak melihat
pintu lain yang dibukakan bagi kita.”


' saat kita sedar bahawa dia pilihan kita,
tetapi fikiran mula berkata siapa dia, 
sekali kita mulakan langkah untuk menerima dia,
jgn meyesal dengan pilihan kita cuba untuk melengkapinya.

bila perasaan takut menguasai diri, langkah mula pincang,
inginkan yang terbaik dalam hubungan tetapi disangkal oleh kepincangan jiwa,
jangan takut untuk terus melangkah, ikhlaskan hati, kuatkan jiwa,
dia akan menjadi milik mu untuk selamanya, dan melengkapi segalanya.

ku tuliskan sebuah puisi, didalam diari ini,
agar satu hari nanti, melodi ini akan menemani kamu,
bisikan nada kata indah, dari nukilan agung sastera CINTA,
tengelam aku dalam rindu dengan jiwa yang terkelu.
satu pesanan untukmu '' always there for me until i obtained my success '' 

-chahaya iman- 24.1.2013 

Tuesday 22 January 2013

TRUST UR FEELING... :)

 If you're mad at someone,
and nobody's there to fix the situation... 
 You fix it . Maybe 2day,dat person 
still wants to be ur fren..
Tomorow may be too late..  


 If you're in love with someone, but that  person 
doesn't know... tell her/him. 
Maybe 2day, dat person is also
in love with you..
And if you don't say  it, 2moro may be too late..

 If you remember a person that you think has forgotten you...
 tell her/him. Maybe that person have always remembered you.
 And if you don't tell her/him 2day, 2moro may be too late..

 If you need a hug  from a friend... her/him for it.
 Maybe they  need it  more than you do.
And if you don't ask for it 2day,
 2moro may be too late..

If you hv frenz who you  really appreciate... tell them.
Maybe they  appreciate you as well..
 If you don't tell and they leave or go far away,
2moro may be too late.

REHAT JAP HILANGKAN TENSION...

LAYAN…………

******************
kerana tak tahan nak terkucil yang amat sangat, suatu
malam tu....... pak pandir pun terjaga dengan
tergesa-gesa dia pin bukaklah pintu tandas. 
Bila bukak jer.... otomatik lampu nyala sendiri.
Hairan!! selesai laksanakan HAJAT pak pandir terus
keluar....... sekali lagi lampu tu terpadam dengan
sendiri bile pak pandir tutup jer pintu. 
die pon citer kat mak Andih esoknye...Mak Andih dengan
HOTnye terus menempeleng muke pak pandir lapan ratus
lapan puluh lapan kali........
Hai...boleh die bung air kat dalam peti ais?!!!

********************************************

Sudah lebih 60 tahun usia perkahwinan Pak Mat dengan
isterinya, Mak Lijah. Di awal perkahwinan dulu, mereka
sering makan bersama, saling suap-menyuap antara satu
sama lain. 
Tetapi sekarang, antara mereka perlu menunggu salah
seorang habis makan dulu.... hari ni Pak Mat makan
dulu sampai habis, barulah Mak Lijah disuapkan.
Esoknya, Mak Lijah makan dulu dan kemudiannya Pak Mat
disuapkan. Begitulah hari-hari seterusnya. Ini kerana
mereka kini berkongsi GIGI PALSU.

********************************************

Kisah ini berlaku tatkala sekumpulan penduduk di
kawasan puchong heboh
> tentang kononnya ada buaya terlepas ke dalam
sebatang sungai berdekatan
> kawasan tempat tinggal diaorang.
>
> sumer org kecoh...Bimbang akan keselamatan
penduduk-penduduk
> (terutamanya budak2) di tebing sungai tersebut,
mereka mengadu kepada
> pihak media yg akhirnya sampai ke telinga sultan
selangor sendiri.
>
> sultan agak terkejut bila dgr berita tersebut kerana
sumer org tau mana
> ada buaya dlm sungai kat selangor (sungai kotor
maa..), tapi sbb semua
> org panik, baginda mengambil counter
measure...menitahkan, barang siapa
> berani berenang ke seberang sunagi tersebut, baginda
akan memberi org
> tersebut kurnia yg merupakan sebuah rumah kereta
mercedes dgn duit
> 500k maka ramai la org berkumpul di tebing sungai tu
(tak takut pulak
> buaya tu).
>
> tp biasa la org m'sia...terlebih perihatin - org je
ramai kat tepi tu
> tp takder pun sorang nak berenang cross sungai tu.
sampai waktu
> tengahari yg panas terik tu..tetiba ada la sorang
makhluk allah ni
> terjun ke dalam sungai tu..sumer org terkejut tgk
punya la laju dia
> pegi berenang ke seberang sungai tu. sampai kat
seberang sana..sumer
> org bertepuk tgn dan congrats dia..rupa2 nya dia nie
org sarawak.
>
> wakil istana yg mmg ada kat sana terus memanggil
mamat tu dan bawak dia
> pi istana. maka sultan pun dengan suka citanya
mengumumkan yg dia dapat
> kereta dgn duit tu..tp dia dgn pelat sarawaknya yg
pekat tu menjawab
>
> "kamek duduk kat utan...kamek tak mau kereta dgn
duit tu"
>
> sultan pun terperanjat sbb org tu tak mau terima
kurnia tu..so, baginda
> offer lot rumah banglo kat bangi, sekali dgn rumah
banglo dan duit
> 500k. tp mamat sorang nie geleng kepala,
>
> "kamek suka duduk rumah papan, kamek tak mau rumah
batu..."
>
> sultan yg makin confuse, lalu tanya kat mamat
nie..apa yg dia nak..
>
> "kamek nak tau, sapa yg tolak kamek masuk sungai
tu!"
>
> ---hehehe---

********************************************

di suatu malam yang gelap pekat, dua sahabat yang
terlewat pulang terpaksa melintasi satu kawasan
perkuburan yang terkenal sebagai tempat yang sangat
'keras' di kampung mereka itu. jam telah menunjukkan
lewat 12 tengah malam. namun, oleh kerana hanya itu
sahaja satu-satunya laluan untuk sampai ke rumah,
mereka terpaksa memberanikan diri.

tiba-tiba, langkah mereka terhenti. 

A: B, kau dengar tak apa yang aku dengar?

B: ha ah la A. bunyi macam orang sedang memahat batu
la...

dengan perasaan takut yang amat sangat, kedua-duanya
menoleh ke sekeliling mereka, cuba mencari dari arah
manakah datangnya bunyi itu. kelihatan di salah satu
kubur di situ, cahaya dari lampu minyak tanah dan
seseorang yang duduk memahat sesuatu.

A: la... hampir hilang semangat aku. ingatkan
jembalang mana tadi yang nak mengusik. orang rupanya.

B: ya la... eh, jom kita tengok apa yang dibuatnya
tengah-tengah malam buta ni. ada gak buat teman kita,
tak la takut sangat.

kedua-duanya menghampiri lembaga yang duduk
mencangkung membelakangi mereka itu. 

A: samekom sedara! apa yang dibuat tu? tak takut ke?

B: ye la, dah lewat sangat ni. sambung esok je la!

Lembaga: takut gak. tapi ni ha... siang tadi diorang
salah eja nama aku kat batu nisan ni. terpaksa la aku
betulkan sendiri! nak buat esok tak boleh plak!

tanpa bertangguh lagi, A & B terus membuka langkah
seribu...

moral: jangan suka balik lewat malam & jangan memandai
nak jadi peramah tak kena tempat, apalagi waktu tengah
malam.

kuang... kuang... kuang...

********************************************


Di suatu pagi,sorang mamat ni pegi la beli kuih kat
sorang makcik ni. Dia tengok semua cucur udang makcik
ni jual takde pun udang ditengah-tengah cucur
tersebut...lalu si mamat ni pun tanye....

Mamat : Makcik,apasal semua cucur udang makcik takde
udang? Bukan ke selalunyer orang jual ada udang kat
tengah cucur tu.

Dengan muke selambernyer...makcik tersebut menjawab...

Makcik : Eh,makcik tengok orang jual cucur badak takde
pun diorang letak badak..so,makcik pun takde la nak
letak udang...

********************************************

Dalam satu kawasan di hutan rimba semua penghuninya
telah bersepakat untuk mengadakan pesta nyanyian. Bila
sampai waktu yang ditetapkan maka berkumpul semua
penghuni sama ada untuk menonton atau menyertai
pertandingan nyanyian tersebut.

Beberapa kumpulan binatang termasuk monyet, rusa dan
lain-lain telah menyampaikan lagunya dan semua
binatang lain bertepuk tangan dan bersorak memberi
sokongan.

Maka tibalah giliran babi hutan untuk membuat
persembahannya. Apabila kumpulan babi ini menyebut
senikata 'KITA SERUPA!, KITA SERUPA!' semua
binatang-binatang lain lari bertempiaran meninggalkan
pesta tersebut dan tinggallah kumpulan babi hutan
saja.

Babi hutan: Kenapa binatang-binatang lain lari hah??

********************************************

Pada suatu tengah malam telepon di rumah seorang
pustakawan berdering.

"Pukul berapa perpustakaan akan di buka?" seorang
pemuda di hujung talian bertanya. "Jam 9 pagi encik,
apa hal yang penting sangat encik menelifon saya
tengah malam buta nie?" tanya pustakawan tadi.

"Tak boleh buka awal lagi ke?" pemuda itu bertanya
lagi dengan nada kecewa. "TIDAK, tidak akan dibuka
sebelum pukul 9!" si pustakawan menjawab dengan nada
yang tinggi. "Penting sangat ke sampai encik tidak
boleh tunggu sampai pukul 9 pagi untuk masuk?". "Siapa
kata saya mau masuk?" kata pemuda itu kesal, "SAYA MAU
KELUAR!"

DAPAT DOA MALAIKAT


Allah SWT berfirman, "Sebenarnya (malaikat - malaikat itu) adalah hamba - hamba yang dimuliakan, mereka tidak mendahului-Nya dengan perkataan dan mereka mengerjakan perintah - perintah-Nya.  Allah mengetahui segala sesuatu yang di hadapan mereka dan yang di belakang mereka, dan mereka tidak memberikan syafa'at melainkan kepada orang - orang yang diredhai Allah, dan mereka selalu berhati - hati kerana takut kepada-Nya" (QS Al Anbiyaa' 26-28) 

Berikut adalah senarai orang - orang yang mendapat doa oleh para malaikat :

1.                   ORANG YANG TIDUR DALAM KEADAAN BERSUCI.  Imam Ibnu Hibban meriwayatkan dari Abdullah bin Umar ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Barangsiapa yang tidur dalam keadaan suci, maka malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya.  Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa 'Ya Allah, ampunilah hambamu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci'" (Hadith ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Sahih At Targhib wat Tarhib I/37) 

2.                   ORANG YANG MENUNGGU SOLAT.  Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Tidaklah salah seorang di antara kamu yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali para malaikat akan mendoakannya 'Ya Allah, ampunilah ia.  Ya Allah sayangilah ia" (Sahih Muslim no. 469) 

3.                   ORANG YANG BERADA DI SAF HADAPAN KETIKA SOLAT.  Imam Abu Dawud dan Ibnu Khuzaimah dari Barra' bin 'Azib ra., bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, "Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat kepada orang - orang yang berada pada saf - saf terhadapan" (Hadith ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Sahih Sunan Abi Dawud I/130)

4.                   ORANG YANG MENYAMBUNG SAF (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).  Para Imam iaitu Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Al Hakim meriwayatkan dari Aisyah ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya Allah dan para malaikat selalu berselawat kepada orang - orang yang menyambung saf - saf" (Hadith ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Sahih At Targhib wat Tarhib I/272)

5.                   KETIKA SEORANG IMAM SELESAI MEMBACA AL FATIHAH. Imam Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Jika seorang Imam membaca 'ghairil maghdhuubi 'alaihim waladh dhaalinn', maka ucapkanlah oleh kalian 'aamiin', kerana barangsiapa ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, maka ia akan diampuni dosanya yang lalu" (Sahih Bukhari no. 782)

6.                   ORANG YANG DUDUK DI TEMPAT SOLATNYA SETELAH MELAKUKAN SOLAT.  Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah, bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Para malaikat akan selalu berselawat kepada salah satu di antara kalian selama ia ada di tempat solat di mana ia melakukan solat, selama ia belum batal wudhu'nya, (para malaikat) berkata, 'Ya Allah ampunilah dan sayangilah ia'" (Al Musnad no. 8106, Syaikh Ahmad Syakir mensahihkan hadith ini)

Sekian, wallahu a'lam

ADAKAH ORANG YANG ALLAH BERI DIA KUASA DIA GUNA UNTUK ANIAYA ORANG YANG BEKERJA DENGANNYA JUGA DIKIRA SEBAGAI ISTIDRAJ?


Utk dikongsi bersama.....

ISTIDRAJ

Minggu lepas, kawan seofis Fendi tanya "Kenapa kadang kala kita lihat seseorg insan tu sentiasa dapat kegembiraan spt dapat naik pangkat, murah rezeki dll sedangkan dia tu selalu melakukan kemungkaran?".
So, Fendi pun jawablah yang kdg kala sesuatu anugerah Allah swt kpd seseorg individu tu bukanlah sebab Allah sayangkan hambanya itu tetapi kerana Allah nak tengok sejauh mana keikhlasan orang itu.

Allah nak tengok adakah hambanya itu akan menyedari bahawa Allah amat bermurah hati dengannya jadi sepatutnya dia bersyukur dan berubah menjadi baik.
Tapi jika individu itu masih tidak reti bersyukur maka sesungguhnya dia telah menimbulkan kemurkaan Ar-Rahman.
Ada
 member tanya kenapa kdg2 kita dah banyak kali berdoa tapi belum dapat apa yang diimpikan. Ustazah kata itu tandanya Allah sayang pada kita. Sebabnya Allah tahu kalau kita lambat atau belum dpt yg diimpikan, kita akan terus berdoa dan mengingati Ilahi. Sebenarnya Allah amat rindukan suara hamba-hambaNya merayu dan m emujiNya. Kalau sekali berdoa terus dapat, kemungkinan besar lepas tu kita kita taksub dan lupa utk bersyukur pd yg Esa.

Tup-tup dpt pula artikel ni drp seorg rakan. A very relevant and
interesting article. Semoga Allah beratkan timbangan ibadah kita drp
timbangan dosa di Pdg Mahsyar nanti. InsyaAllah..

Apakah dia istidraj itu?

Ianya adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya. Inilah yang dinamakan istidraj. Rasullulah s.a.w. bersabda :"Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka), ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT." (Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi

Tetapi, manusia yang durhaka dan sering berbuat maksiat yang terkeliru dengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya adalah kerana Allah berserta dan kasih dengan perbuatan maksiat mereka.
Masih ada juga orang ragu-ragu, kerana kalau kita hendak dapat kebahagian di dunia dan akhirat kita mesti ikut jejak langkah Rasullulah saw dan berpegang teguh pada agama Islam.

Tetapi bagaimana dengan ada orang yang sembahyang 5 waktu sehari semalam, bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhan sahaja, bahkan Isnin, Khamis dan puasa sunat yang lain. Tapi, hidup mereka biasa sahaja. 
Ada
 yang susah juga. Kenapa? Dan bagaimana pula orang yang seumur hidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya tersergam indah, kereta mewah menjalar, duit banyak,dia boleh hidup kaya dan mewah. Bila
kita tanya, apa kamu tak takut mati? Katanya, alah, orang lain pun mati juga, kalau masuk neraka, ramai-ramai. Tak kisahlah! Sombongnya mereka, takburnya mereka.

Rasullulah s.a.w. naik ke langit bertemu Allah pun tak sombong, Nabi
Sulaiman, sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka bumi tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong! Secantik-cantik Nabi Yusof dan semerdu suara Nabi Daud, mereka tak sombong. Bila sampai masa dan ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah.

Manusia istidraj - Manusia yang lupa daratan. Walaupun berbuat maksiat, dia merasa Allah menyayanginya. Mereka memandang hina kepada orang yang beramal. "Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli, sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah. Tak payah beribadat pun, rezeki datang mencurah-curah. Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh kaya macam aku, katanya sombong."

Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu atau merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak
membinasakannya, Allah berikan dia sayap. Lalu, bila sudah bersayap, anai-anai pun menjadi kelkatu. Kelkatu, bila mendapat nikmat(sayap), dia akan 
cuba melawan api. Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat,cuba

hendak melawan Allah swt.

Buktinya, Firaun. Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun tidak pernah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan. Orang lain selalu sakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati,namun dia masih belum mati-mati
juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan. Tapi dengan nikmat itulah Allah binasakan dia.

Namrud, yang 
cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud? Dia begitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkan seekor nyamuk masuk ke dalam lubang telinganya.

Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya sahaja kena dibawa oleh 40 ekor unta. Akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama hartanya sekali akibat terlalu takbur. Jadi kalau kita kaya,jangan sangka Allah sayang, Qarun lagi kaya,akhirnya binasa juga.

Jadi,jika kita kaji dan fikir betul-betul,maka terjawablah segala keraguan yang mengganggu fikiran kita. Mengapa orang kafir kaya, dan orang yang berbuat maksiat hidup senang /mewah. Pemberian yang diberikan oleh Allah pada mereka bukanlah yang diredhaiNya. Rupa-rupanya ianya adalah bertujuan untuk menghancurkannya. Untuk apa hidup ini tanpa keredhaanNya?

Tetapi jangan pula ada orang kaya beribadat, masuk masjid dengan kereta mewah kita katakan itu istidraj. Orang naik pangkat, istidraj.
Orang-orang besar, istidraj. Jangan! Orang yang mengunakan nikmatnya untuk kebajikan untuk mengabdi kepada Allah bukan istidraj. Dan jangan pula kita tidak mahu kekayaan. Kalau hendak selamat, hidup kita mesti ada pegangan.
Bukan kaya yang kita cari, juga bukan miskin yang kita cari. Tujuan hidup kita adalah mencari keredaan Allah.

Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yang diredhai Allah? Seseorang itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya tentang nikmat yang diterimanya itu ialah apabila dia bersyukur nikmatnya. Dia akan mengunakan pemberian ke jalan kebaikan dan sentiasa redha dan ikhlas mengabdikan diri kepada Allah.

Maka segala limpah kurnia yang diperolehi itu adalah nikmat pemberian yang diredhai Allah. Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan Allah, niscaya selamatlah kita di dunia dan akhirat.

Wallahualam.

"Dari Abdullah bin 'Amr R. A, Rasulullah S. A. W bersabda:
" Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat.."


Monday 21 January 2013

3 soalan.... :)


Pemuda   :Anda siapa Dan apakah bisa menjawab pertanyaan-pertanyaaan saya?
Kiyai       :Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan        anda.
Pemuda   :Anda yakin? Sedangkan Profesor dan ramai orang yang pintar tidak mampu menjawab pertanyaan saya.
Kiyai       :Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya.
Pemuda   :Saya ada 3 pertanyaan:-
      1.Kalau memang Tuhan itu ada,tunjukan wujud tuhan kepada saya                 
      2.Apakah yang dinamakan takdir                
     3.Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan. Sebab merekamemiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauhitu?
Tiba-tiba Kiyai tersebut menampar pipi pemuda tadidengan keras.
Pemuda (sambil menahan sakit) :Kenapa anda marah
kepada saya?
  Kiyai       :Saya tidak marah...Tamparan itu adalah jawaban saya atas 3 pertanyaan yang anda ajukan kepada saya.
  Pemuda   :Saya sungguh-sungguh tidak mengerti.
  Kiyai       :Bagaimana rasanya tamparan saya?
  Pemuda   :Tentu saja saya merasakan sakit.
  Kiyai       :Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?
  Pemuda   :Ya!
  Kiyai       :Tunjukan pada saya wujud sakit itu!
  Pemuda   :Saya tidak boleh.
  Kiyai       :Itulah jawaban pertanyaan pertama...kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya.
  Kiyai       :Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?
  Pemuda   : Tidak.
  Kiyai       : Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima tamparan dari saya hari ini?
  Pemuda   : Tidak.
  Kiyai       : Itulah yang dinamakan takdir.
  Kiyai       : Terbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar anda?
  Pemuda   : Kulit.
  Kiyai       : Terbuat dari apa pipi anda?
  Pemuda   : Kulit.
  Kiyai       : Bagaimana rasanya tamparan saya?
  Pemuda   : Sakit.
  Kiyai       : Walaupun syaitan dijadikan dari api dan neraka juga terbuat dari api,  jika Tuhan menghendaki maka neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk syaitan.



Monday 14 January 2013

UJIAN YANG DIUJI PADA SETIAP HAMBANYA


Seringkali kita mengeluh dan mengadu, mengapa Allah tidak habis-habis menguji kita. Malahan diberi-Nya ujian yang sama setiap kali. Setelah satu, maka datang pula satu lagi masalah. Setelah habis dicuba dengan ujian yang merumitkan, didatangkan pula ujian yang menyesakkan dada.
Sungguh indah perancangan Allah dalam mentarbiyah manusia. Allah yang Maha Mengetahui menguji manusia pada titik-titik kelemahan diri kita. Pada titik-titik yang lemah itulah, bertubi-tubi Allah datangkan ujian kepada hamba-Nya. Di ruang-ruang yang lemah itu Allah datangkan ujian maha berat sehingga manusia merasakan dia tidak lagi terdaya memikulnya.
Allah menciptakan manusia dengan kelemahan, namun Allah tidak membiarkan kita terus menerus hidup dalam kelemahan tersebut. Maka Allah datangkan ujian bertimpa-timpa pada titik kelemahan tersebut sebagai latihan untuk membina sebuah kekuatan. 
Bagaimana?
Seseorang individu yang lemah dalam akademik, maka pada titik akademik itulah Allah mengujinya berkali-kali. Sahabat-sahabat kita ramai yang diuji Allah pada titik akademik. Bukan sekali sahaja mereka diuji, namun berkali-kali. Ada yang mengalami kegagalan dalam 'Continous Assessments' kemudian dalam peperiksaan Akhir musim panas Allah menguji lagi dengan kegagalan walaupun telah berusaha keras.
Ada pula yang dipanggil ke 'Viva' namun masih gagal dan perlu mengharungi ujian musim luruh. Setelah berusaha keras menelaah, masih Allah menguji dengan kegagalan dalam peperiksaan itu sehingga perlu mengulang semula tahun pembelajaran. Malah, ada yang bukan pertama kali perlu mengalami kitaran ujian tersebut, bahkan mungkin pada tahun kedua mahupun tahun ketiga. Di titik akademik itulah Allah berkali-kali datangkan ujian pada mereka agar dengan adanya ujian-ujian itu mereka lebih kuat dan mantap pada sebuah pengharapan. Ya, berharap pada Allah setiap kali ujian datang menjengah.

Seseorang indiviu yang diuji Allah dengan kekurangan harta, maka pada titik harta itulah Allah berterusan mengujinya. Allah uji dengan ketidakcukupan wang dan harta. Allah uji dengan kesempitan rezeki. Allah uji dengan pelbagai masalah yang membutuhkan wang yang banyak.
Seringkali kita tonton drama kehidupan manusia dalam drama-drama di kaca televisyen mahupun layar perak, babak-babak kehidupan manusia yang diuji dengan harta sering dipaparkan. Pelbagai drama ujian melanda seorang yang miskin, diuji dengan kesempitan wang, kemudian diuji pula dengan kehilangan pekerjaan, kemudian diuji pula dengan ahli keluarga yang sakit yang memerlukan belanja besar dan ujian-ujian susulan yang memerlukan wang yang banyak.
Seseorang individu yang lemah dalam perhubungannya sesama manusia, diuji oleh Allah dengan pelbagai masalah melibatkan hubungan sesame manusia. Ada yang diuji dengan penceraian antara suami isteri, ada pula yang diuji dengan pertelingkahan sesame ahli keluarga, ada yang berkelahi anta jiran tetangga ada pula sahabat baik yang diuji dengan perselisihan, dan ada juga yang dikeruhkan hubungan antara pemimpin dengan mereka yang dipimpin. Malah, ada pula pasangan yang bercerai diuji pula dengan hubungan dengan anak-anak yang kian merenggang dan sebagainya. Dititik kelemahan itu Allah datangkan dengan pelbagai ujian yang berat untuk ditanggung manusia.
Seseorang individu yang lemah dalam ketaatan kepada Allah dan terjerumus ke lembah maksiat, maka pada titik maksiat itu Allah mengujinya berulang kali. Allah mengujinya dengan bakaran nafsu yang menyala, dan bisikan syaitan yang menggoda berkali-kali sehingga tewas ke lembah maksiat itu. Adapun, yang cuba bertaubat dan kembali kepada jalan Allah, namun, nafsu dan bisikan syaitan memanggil-manggil untuknya terjun ke lembah maksiat. Maka tiap kali itulah dia tewas dan kembali ingin bertaubat. Namun, Allah datangkan godaan demi godaan sebagai ujian sehingga manusia tewas. Kemudian dia kembali bertaubat, namun, masih lagi Allah mendatangkan kebaikan kepadanya sehingga hamper-hampir sahaja berputus asa dalam kemaksiatan.
Begitu jugalah dengan ujian-ujian Allah dari aspek kelemahan yang lain.  Persoalannya, mengapakah Allah menguji kita berulang-ulang kali pada titik kelemahan yang sama malah bertubi-tubi Allah datangkan ujian sehingga kita hampir berputus asa.
Rasulullah s.a.w bersabda;
"Sekiranya Allah menginginkan kebaikan untuk seseorang itu, Allah akan mengujinya dengan kesusahan"
(Hadis Riwayat al-Bukhari)
Maka, ujian yang Allah datangkan itu sebenarnya adalah untuk memberikan kebaikan kepada kita. Allah sebenarnya ingin memberi kita kekuatan dan menghilangkan dari kita kelemahan-kelemahan tersebut. Maka, Allah menguji kita pada titik yang lemah itu, agar dengan ujian itu, titik lemah itu akan menjadi salah satu kekuatan bagi individu tersebut. Allah ingin mentarbiyah manusia untuk memperbaiki kelemahan diri, maka Allah datangkan cubaan sebagai guru untuk mendidik. Untuk mengubah suatu kelemahan kepada kekuatan, ia memerlukan masa dan konsistensi.
Seperti air bias memecahkan batu setelah sekian lama menghempapnya, begitu jugalah manusia, konsistensi melalui ujian tersebut adalah resipi untuk mengubah kelemahan menjadi kekuatan. Tidak mudah bukan untuk mengubah kelemahan diri. Bak kata pepatah inggeris " Sometimes we have to learn it the hard way"

Buat mereka yang diuji dengan kegagalan dalam peperiksaan, bergembiralah wahai kalian, kerana melalui ujian itu Allah pasti menginginkan agar kalian mendapat ilmu dan kefahaman. Melalui kegagalan, kalian akan berusaha keras untuk menelaah, bukan sekali tetapi berkali-kali untuk menguatkan ingatan dan kefahaman. Maka, sungguh Allah memberi limpah karunia berupa ilmu dan kefahaman pada kalian,
Sabda Baginda Rasulullah SAW;
"Barang siapa yang dikehendaki Allah kebaikan padanya, Ia fahamkan kepadanya tentang agama"
(Hadith sahih riwayat Bukhari dan Muslim)
Buat mereka yang diuji dengan harta, maka bertabahlah, kerana pasti Allah menginginkan kebaikan pada kalian. Berbahagialah dengan janji Rasulullah pada kalian bahawa syurga itu menanti kalian sekiranya dengan kemiskinan dan kesusahan itu, kalian bertakwa kepada Allah. 
"Aku melihat ke dalam syurga, maka aku dapat melihat kebanyakan penghuninya adalah terdiri daripada kalangan orang-orang fakir miskin...."
(Hadis riwayat Muttafaqun 'alaih)
Buat mereka yang diuji melalui hubungan dengan manusia, berbahagiahlah kalian, kerana Allah menginginkan kebaikan pada kalian melalui jalan sabar. Pada ujian itu, Allah ingin mendidik kesabaran, menetapkan hati dan mengukuhkan iman, moga dengan sabar itu, pintu syurga terbuka buat kalian.
Firman Allah yang bermaksud;
"... dan Kami jadikan sebahagian dari kamu sebagai ujian dan cubaan bagi sebahagian yang lain, supaya ternyata adakah kamu dapat bersabar.."
(Surah al-Furqan ayat 20)
Buat mereka yang diuji Allah dengan jalan maksiat, maka berusaha keraslah dan bersabarlah mengharunginya. Kerana sungguh pintu-pintu taubat terbuka luas buat kita. Jangan sesekali berputus asa dari rahmat Allah walaupun merasakan tidak terdaya dan lemas dalam dosa-dosa durjana. Kembalilah kepada Allah. Firman Allah,
" Katakanlah (Wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri(dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana Sesungguhnya Allahmengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani "
(Surah Al-Zumar ayat 53)
Buat umat ini yang diuji Allah, semoga Allah memberi kekuatan kepada kita untuk menempuhinya dengan tabah dan sabar. Berdoalah. 
"Dan apabila mereka (yang beriman itu) keluar menentang Jalut dan tenteranya, mereka berdoa dengan berkata: " Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepada kami dan teguhkanlah tapak pendirian kami serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir"
(Surah al-Baqarah ayat 250)