Monday 31 December 2012

lawak lagi.. :)


Che'gu Berahim dan Man Dol

PART I

Che'gu Berahim sedang mengendali kelasnya dalam aktiviti sukan di padang

sekolah. Seperti biasa, Che'gu Berahim akan menyuruh murid²nya melakukan

regangan otot. Tiba di satu bahagian, dimana murid² baring dan
mengangkat
kaki lalu menggerakkannya seperti sedang mengayuh basikal. Che'gu
Berahim
asyik memerhati seorang muridnya yang pada mulanya menggerakkan kakinya
tiba² memberhentikan kakinya. Lalu Che'gu Berahim menyergah muridnya
yang=

bernama Man Dol. "Woiiii Man, apa sebab kau berhenti ni hah". "Oh Che'gu

Berahim, basikal saya tengah turun bukit Che'gu, sebab tu saya
berhenti.Takkan nak kayuh jugak.


PART II

Waktu sekolah telah tamat.sebelum keluar kelas, Che'gu Berahim telah
bertanya kpd murid²nya.

Che'gu : Siapa nak masuk/pergi syurga?
Semua murid mengangkat tangan kecuali Man Dol lalu Che'gu Berahim pun
bertanya,
Che'gu : Man, kenapa awak tak nak pergi/masuk syurga?
Man : Mak saya kata lepas habis sekolah, terus balik rumah.. jangan
pergi
mana-mana.


PART III

Che'gu Berahim sedang mengajar Bahasa Melayu dalam kelas 1 Mawar...
Che'gu : Man, boleh kamu buat ayat dengan menggunakan perkataan tepong?
Man : Itu senang saja cikgu.. ayatnya ialah.... emak sedang membuat kek
didapur.
Che'gu : Mana tepungnya??
Man : Tepong kan ke dalam kek tu.... Che'gu nie tak sekolah ke hape??


PART IV

Seperti biasa, Che'gu Berahim nie mengajar pelajar di Sekolah
Agama.Che'gu
Berahim mengajar budak tahun satu. Pada hari tersebut, beliau mengajar
bab
"cara berwudhuk". Selepas mengajar, beliau (Che'gu) selalu meminta
muridnya
bertanyakan soalan jika terdapat kemusykilan.

Che'gu : Ada sesiapa hendak bertanyakan soalan?
Tiba² seorang anak muridnye mengangkat tangan, nama murid tu adalah Man
Dol
Man : Ada Che'gu. saya ada satu kemusykilan. Boleh tak kita ambil wudhuk
dua
kali?
Che'gu : Boleh, tapi kenapa sampai dua kali ambil wudhuk?
Man : Saya ambil dua kali sebab kalau saya terkentut, wudhuk lagi satu
tu
boleh buat spare part!
Che'gu : Allahhuakbarr!!!


PART V

Che'gu Berahim: Joe, cuba terangkan apakah tugas akar pokok pisang?
Joe : Untuk mencari makanan, che'gu
Che'gu Berahim: Bagus! Sekarang giliran Wati pulak. Apakah tugas batang
pokok pisang?
Wati : Untuk membawa makanan yang dicari akarnya, che'gu
Che'gu Berahim: Bagus! Sekarang giliran Man Dol pula. Apakah tugas daun
pisang?
Man Dol :untuk membungkus nasi lemak, che'gu...
Che'gu Berahim: uii... lagi bagus... berdiri atas meja sampai habis
kelas..

memang ALLAH sengaja.. :)

Memang ALLAH sengaja....

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita
dapat menjadi penilai yg baik.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita
sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang g salah supaya kita
dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita
sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita
dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita
jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita
lebih faham bahawa
CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita
LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yg kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah
bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.

Hari esokpun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah
keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhan-NYA, dan meninggalkan
laranganNYA. .


PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hamba-NYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan
HANYA kepada-NYA.

SELAMAT TAHUN BARU 2013






JIWA akan sunyi tanpa TEMAN
HATI akan mati tanpa IMAN.
HARI ini adalah KENYATAAN,
                                                          SEMALAM adalah KENANGAN,
ESOK adalah IMPIAN.
Sucikan HATI,
Jernihkan FIKIRAN.
SELAMAT Tahun Baru 2013….

Thursday 27 December 2012

release tension jap.... :)


Lawak 1

Pintu bilik dibuka dengan kuat dan mengejutkan sepasang suami isteri yang sedang tidur nyeyak... Seorang lelaki dengan wajah garang mengacukan senjata tajam ke arah si isteri... .

Perompak : "Sebelum kamu mati kubunuh, sebutkan namamu!"
Isteri : "Na... nama sa... saya... Aisyah"
Perompak : "Aisyah? nampaknya sama dengan nama ibuku. Aku tidak boleh membunuhmu," lalu dia mendekati si suami dan sambil mengacukan senjatanya ia berkata,
Perompak : "Sebutkan namamu. Aku mesti tahu nama setiap orang yang menjadi korbanku."
Suami : "Namaku Irwan.. tapi... . semua orang memanggilku Aisyah... ."

Lawak 2

Di sebuah Mall yang sesak dengan pengunjung.. ada satu alat pengukur berat badan yang cukup canggih.. Hanya dengan membayar RM 1.00 kita akan diberitahu berapa berat badan kita oleh program komputer. Seorang gadis dan temannya mencuba di tengah kerumunan orang.. Setelah memasukkan wang RM 1.00.. mesin komputer menjawab: "47 kg! "Gadis kedua cuba untuk menimbang, dan mesin komputer menjawab: "52 kg!"

Setelah beberapa minit datang seorang wanita yang cukup gemuk dan montel cuba menimbang dirinya di mesin itu. Setelah memasukkan wang RM 1.00.. mesin komputer mengeluarkan jawapan: "Tolong naik sorang-sorang. . jangan ramai- ramai!"


Lawak 3

JAMAL ke kedai untuk membeli telur yang dipesan ibunya.
Ketika berdiri di tepi jalan, dua buah kereta tiba-tiba berlanggar di hadapannya. Dia terkejut dan kaku di situ sehingga polis dan ambulans tiba.

Setelah mangsa dikeluarkan, Jamal berlari pulang dan terlupa membeli telur. Jamal dengan penuh minat menceritakan kemalangan itu pada ibunya.

"Dahsyat bu, kakinya tercabut dan terpelanting ke seberang jalan. Tangannya pulak putus, kepala pecah, perut terburai... "

Tiba-tiba ibunya mencelah, "Telurnya mana?"
Jamal menjawab, "Err... . Mal tak tau pulak ke mana tercampaknya! "

Lawak 4

Terdapat 3 orang gila yg mengambil ujian perlepasan hospital . lalu doktor itu bertanya kepada org gila yg pertama, "apa yg kau mahu bawa jika berada di gurun", orang gila itu menjawab 'payung, sebab kalau panas saya boleh berteduh' . Lalu org gila itu dilepaskan

Doktor itu menanya soalan yg sama kepada org gila kedua, lalu dia menjawab " saya akan bawa air, sebab kalau saya haus saya boleh minum" lalu org gila itu dilepaskan.

Doktor itu menujukan soalan yang sama kepada org gila ketiga lalu dia menjawab" saya akan bawa pintu kereta sebab kalau panas saya boleh menurunkan cermin tingkap...
" lalu org gila itu dimasukkan kembali ke hospital"

3 budak sengal..

Di sebuah kampung ada 3 org remaja yg suka lepak. Sorang tu nama dia Ali,sorang tu Budin dan sorang lagi Ciko. Aktiviti seharian depa ni menybbkan tok imam x senang duduk. Pd satu hari tok imam tu dtg dgn nia tnak tarbiyah depa ni. Maka berlakulah bbrp insiden cabar-mencabar. Tok imam tu cabar si mangkuk 3 ekor tu ke surau waktu Maghrib nnt. Si Ali pun berkata, "Tok imam ingat kami ni jahil sangat ke? Takpa, nnt kami buktikan yg kami bkn la jahil sgt spt yg disangkakan" .

Maka apb hampir masuk waktu Maghrib pegilah malaun 3 ekor tu ke surau.Tok imam pun suruh Ali azan. Tanpa berlengah terus je Ali azan,"AllahTa' ala... Allah Ta'ala... " Dgn segera tok imam merampas mikrofon drpd Ali menyuruh tok bilal azan semula. Terselah kejahilan Ali.

Selepas iqamat, masa nak sembahyang tok imam pun mengangkat takbiratulihram. Tok imam pun satu hal, angkat sekali x khusyuk, angkat 2x pun x khusyuk jgk lg.. Masuk je kali ketiga, Budin panggil tok imam. "Tok,tokduduk kat belakang, biar saya jadi imam." Tok imam pun undur le ke belakang.

Budin pun angkat le takbiratulihram. "Allahu akbar!" Maka para makmum pun ikut angkat takbiratulihram memulakan solat. Tiba2 je si Budin ni pusing ke belakang dan berkata, "Aa, tengok! Sekali jee tokkkk!!"lalu batallah solat Budin. Yg lain2 pun ikut berenti sambil ketawa terbhk2.

Tok imam pun mintak pulak si Ciko jadi imam. Si Ciko pun terus ke depan jadi imam solat tersebut bermula dari takbir sampai le habis sembahyang. Siap dg wirid2nya sekali. Punyalah respek tok imam kat si Cikoniii...
Lepas solat, tok imam pun puji-memuji leee si Ciko ni... Tapi dg

bongkaknye si Ciko berkata, "He hee, itu belum ambil wuduk lagi tu.

Kalau tak, lagi dassat aku semayang. He heee... " Tok imam pun terkedu terpana lagi terkesima

HaKiKaT PeRkAhWiNaN


Ada banyak alasan manusia yang membuat dasar dari hakikat pernikahan, hakikat

yang seperti apakah yang paling membahagiakan? cuba kita lihat... dan manakah
pilihan kita???


- Jika hakikat pernikahan adalah kerana SEX, maka pasangan rajin bertengkar jika

servis di kamar tidur tidak memuaskan.


- Jika hakikat pernikahan adalah kerana HARTA, maka pasangan bakal bubar jika

bangkrup.


- Jika hakikat pernikahan adalah kerana KECANTIKAN
, pasangan bakal lari jika
rambut mula beruban dan muka keripot atau badan jadi gendut.


- Jika hakikat pernikahan adalah kerana ZURIAT
, maka pasangan akan cari alasan
untuk pergi jika pasangan tidak dapat memberi anak.


- Jika hakikat pernikahan adalah kerana KEPERIBADIAN, pasangan akan lari jika

orang berubah tingkah lakunya.


- Jika hakikat pernikahan adalah kerana CINTA, hati manusia itu tidak tetap dan

mudah terpikat pada hal-hal yang lebih baik, lagi
pula manusia yang dicintai pasti
MATI / PERGI
.

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana IBADAH kepada ALLAH, sesungguhnya ALLAH

itu KEKAL dan MAHA PEMBERI HIDUP kepada makhluk
NYA. Dan ALLAH mencintai
hamba
NYA melebihi seorang ibu mencintai bayinya. Maka tak ada alasan apapun di
dunia yang dapat meretakkan rumah tangga kecuali jika pasangan mendurhakai

ALLAH.




 In syaa ALLAH

3 Stages in Life...Enjoy life from now onwards...

We have 3 stages of life........... 



Teen age: 

Have Time + Energy ...but No Money 




Working Age: 

Have Money + Energy ...but No Time 




Old age: 

Have Time + Money ...but no Energy 

Wednesday 26 December 2012

AL QURAN...



IN SYAA ALLAH..

Keperluan & Kehendak.... :)


Assalamualaikum.
Keperluan dan kehendak merupakan perkara yang berbeza. Keperluan adalah sesuatu benda atau keadaan yang memang perlu untuk hidup kita.. Sebagai contoh, rumah sebagai tempat berteduh, pakaian untuk menutup aurat, makanan sebagai tenaga untuk hidup, dan sebagainya. Senang kata, keperluan ini adalah benda penting untuk kita teruskan kehidupan di bumi ini.




 Manakala kehendak pula adalah sesuatu benda itu akan jadi kehendak bila kita masih boleh teruskan kehidupan seperti biasanya walaupun ketiadaannya.. Contohnya, walaupun kita tak ada iPad tu kita masih boleh hidup dengan biasa. 






Kalau nak online sekalipun mesti ada komputer ataupun laptop kan.. Jadi, perkara sebegitu akan jadi kehendak semata-mata. Kehendak merupakan sesuatu yang tidak akan habis dilayan dan dipenuhi kerana ianya sesuatu yang tidak terbatas.




Kedua perkara ini pasti akan berkait dengan kemampuan. Jika kita mampu untuk memenuhi kehendak kita dan tanpa menyusahkan orang lain itu yang dikatakan berkemampuan. Kita perlu bijak untuk membezakan antara keperluan dan kehendak supaya kita tidak rugi.

Friday 21 December 2012

kuatkan semangat, anda bukan keseorangan

Dalam hidup ini kita selalu dihidangkan dengan cabaran dan dugaan, kadangkala kita akan mudah kecewa dengan apa yang berlaku keatas kita. Kerap kali kita bersungguhan melakukan sesuatu tetapi kerap juga kita dikecewakan oleh sebilangan mereka yang rakus dan tidak berperikemanusiaan.

Tren masa kini ada segelintir dan semakin bertambah bilangannya yang hanya suka mengambil kesempatan atas kebaikan dan kejujuran orang lain. Hal ini kerana melalui orang yang ikhlas ini sahaja segala percaturan dapat dilakukan dengan mudah sekali.

Golongan ini gemar menyalahkan orang lain sedangkan tidak sedar bahawa diri sedang menggunakan mekanisma bela diri untuk menyelamatkan maruah dan kelemahan sendiri. Perbuatan ini menggambarkan golongan ini tidak sedar diri sedang dipengaruhi oleh perasaan sendiri dan mengambil kesempatan daripada kejujuran orang lain merupakan sesuatu tindakan yang memalukan dan menghinakan.

Anda bukan keseorangan, kerana walaupun tiada sesiapa yang berada untuk mendengar kekecewaan anda. Tetapi ingatlah bahawa yang maha kuasa sentiasa memerhatikan, yang pasti setiap kejahatan akan singgah sebagai balasan.

 

cahayaiman
                                                                            

Wednesday 19 December 2012

Sakit itu penghapus dosa... In sya ALLAH


sakit itu penghapus dosa
*******************************************
Sedangkan, Allah berfirman di dalam surah At-Tagaabun, ayat 11 yang bermaksud:
“Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu”.
Menurutnya, bagi seorang yang pendosa, musibah atau sakit yang ditanggungnya merupakan salah satu jalan untuk Allah menghapuskan setiap dosa hamba-Nya. Bahkan ia seharusnya dilihat sebagai satu terapi untuk menggugurkan kesalahan dan noda pada diri anak Adam.
Sebagai manusia biasa, sudah tentu kita tiada terlepas daripada melakukan kesalahan sama ada secara sengaja atau tidak. Sedangkan dosa itu sebenarnya menjauhkan diri kita dengan Allah. Jadi hikmah diturunkan kesakitan atau bala bencana itu adalah sebagai cara untuk Allah menghapuskan dosa kita berkenaan.
Katanya, ia bersesuaian dengan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Jadi, jangan pandang sakit itu sebagai penderaan dan jangan pula mudah berburuk sangka kepada Allah. Bahkan sebaiknya kesakitan atau musibah itu dipandang sebagai nikmat untuk Allah membersihkan diri kita daripada segala dosa dan noda.
Baca artikel penuh selanjutnya di iLuvIslam | Sakit – Antara Penghapus Dosa Dan Peningkat Darjat
********************************************
Hikmah sakit dan musibah ini untuk menyedarkan hambaNYA agar tidak lalai dan jauh dari mengingati Allah. Jika Allah menguji hambaNYA dengan suatu penyakit atau musibah barulah kita merasakan kelemahan dan teringat akan dosa-dosa serta ketidakmampuan kita di hadapan Allah. Sehinggalah kita kembali kepada Allah dengan penyesalan, memohon keampunan dan berdoa kepadaNya.
Kadang-kadang kita rasa kita dah cukup sempurna dan sihat sehingga buatkan kita terlupa akan ujian dari Allah itu sentiasa ada buat hamba yang dikasihiNYA. Untuk merenung kembali akan segala dosa yang telah dilakukan samaada secara sengaja mahupun tidak. Allhamdulillah… Bersyukur dengan ujianMU ini Ya Allah kerana buatkan diri hambaMU ini sentiasa mengingatiMU dan lebih dekat denganMU. Bersyukur kerana diberikan peluang untuk merasai segala kegembiraan, kesedihan, kasih sayang serta nikmat yang tak ternilai harganya sehingga kini. Dan Alhamdulillah kerana hambaMU ini dilahirkan dalam Islam dan juga dibumi Indah Malaysia ;)
Dengan namaMU Ya Allah
p/s: Sesungguhnya setiap kata-kata diatas adalah peringatan untuk diri sendiri dan in sya Allah buat rakan semua.

Jom rawat hati...


Terdapat 18 cara dan rawatan hati yang perlu dilakukan supaya hati kalian dapat dirawat dan terhindar daripada penyakit hati. Perkara-perkara tersebut adalah seperti berikut :
1. Mentarbiah hati supaya mencintai Allah SWT dengan sedalam-dalamnya.
2. Membaca serta bertadarus (menyelidik) makna dan maksud-maksud ayat al-Quran.
3. Mendekatkan kepada Allah SWT dengan amalan-amalan sunat.
4. Khusyuk dalam solat.
5. Memperbanyak zikir dan memohon ampun kepada Allah SWT.
6. Melakukan kebaikan kerana ikhlas kepada Allah SWT dan mengharapkan keredaan-Nya.
7. Melakukan amal dan ibadat berdasarkan perintah Allah dan Rasul.
8. Beriktikad dengan akidah yang betul.
9. Sentiasa melakukan muhasabah diri.
10. Memperuntukkan masa bagi Allah SWT menerusi penggarapan ilmu-ilmu agama.
11. Memperbanyakkan qiyamullail, berdoa terutamanya pada sepertiga malam.
12. Tunduk dan khusyuk kepada Allah SWT dalam segenap tindakan dan perbuatan.
13. Memastikan sumber makanan dan pakaian adalah halal di sisi Allah SWT.
14. Menundukkan penglihatan kepada perkara-perkara yang diharamkan Allah SWT.
15. Suka menziarahi kubur dan mengingati mati.
16. Sentiasa bersyukur dan reda kepada Allah SWT atas segala nikmat yang dikurniakan.
17. Suka membantu anak-anak yatim dan bermesra dengan mereka.
18. Suka bersahabat dan duduk dengan orang-orang soleh yang boleh dijadikan teladan.
Sahabat yang dimuliakan,

Marilah sama-sama kita beramal dengan 18 perkara di atas yang akan mendekatkan hubungan hati kita dengan Allah SWT dan meningkatkan ilmu dan amal dan istiqamah dengan jalan yang hak. Hanya hati yang bersih, mulia, sejahtera dan ikhlas akan dapat memasuki syurga Allah SWT yang bebas daripada penyakit-penyakit hati.

Artikel oleh Ustaz Abu Basyer / Design Oleh Zulhafidz Yahaya
بَلَى مَنْ أَسْلَمَ وَجْهَهُ لِلّهِ وَهُوَ مُحْسِنٌ فَلَهُ أَجْرُهُ عِندَ رَبِّهِ وَلاَ خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلاَ هُمْ يَحْزَنُونَ
(Tidak demikian) bahkan barang siapa yang menyerahkan diri kepada Allah, sedang ia berbuat kebajikan, maka baginya pahala pada sisi Tuhannya dan tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati
(Al-Baqara 2:112) 

Ya Allah kuatkan hati ini...


KUATKAN HATI INI YA ALLAH



Hidup ini ada kalanya susah untuk memujuk hati. Bukan memujuk hati orang tetapi hati sendiri. Sebab antara kehendak hati dan akal saling bergelutan. Tidak cukup dengan itu, antara kehendak hati dan takdir Allah yang cukup baik itu juga hebat bersaing. Dan akhirnya, yang menang adalah ketetapan takdir Allah yang sudah tertulis di sana. Di Luh Mahfudz.

Apabila kehendak diri dan takdir bertembung. Lantaran menjadi konflik, sungguh ia amat sakit sekali.

Sememangnya perjalanan ini terasa sungguh sunyi. Hari-hari yang dialui terasa sepi. Mungkin permata yang dimiliki selama ini terpaksa menjauh kerana dirinya bukan milik insan. Dirinya milik Allah. Namun penitian hidup tetap dan mesti diteruskan. Walau hanya bersendirian mencari arah tujuan.

Dengan sejuta nota dan pesanan kepada diri "bertabahlah kamu!"

Sungguh.

Dengan ujian kehidupan, ramai yang tertunduk dan terkulai. Lemah tidak bermaya. Hilang motivasi kehidupan. Tidak mampu untuk berdiri. Apatah lagi berlari dengan senyuman bahagia.

Manusia tidak dapat menundukkan kehendak diri dengan akal yang waras mengenai apa yang terjadi. Iman tidak mampu menyelit untuk diberi ruang bersuara. Begitulah apa yang dialami. Tiada kata yang dapat diungkapkan, melainkan berdoa. Berdoa dan terus berdoa.

Allah...

Aku jua punya hati. Aku takut untuk gagal. Aku gusar untuk melangkah. Takut langkahku mati.
Oh! Kenapa rasa itu hadir dalam diri? Kala kau mahu menyeru pada Ilahi?

Kuatkan aku ya Rabbi. Jangan Kau biar aku kelam dalam sepi. Dengan rahmat-Mu Ilahi tautkanlah hati ini di jalan yang telah Kau tetapkan. Izinkan aku mendekati takdir dengan hati yang redha. Kerana aku tidak mahu selamanya roh ini tersesat.

Tuhan Yang Maha Mendengar. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui. Tegarkan jiwa ini. Jangan biar diri ini tandus dimamah kefuturan. Menjauh dari-Mu, meminggir dari-Mu.

Kuatkan hati ini wahai Tuhan. Kerana tiada siapa tahu kehidupan hamba-Mu ini nanti akhirnya melainkan hanya Engkau.

Hanya Engkau....







QasehIman

Tuesday 18 December 2012

SaHaBaT


SABAR SEBENTAR

pergerakan langkah xlengkap tanpa CINTA..
tapi bila bercinta tu ingat2 la batas2nya..
semua manusia ada kehendak, xkn lari drpda mainan dunia. betul x..

tapi bila dah tarlalu lama bercinta kehendak untuk melengkapi sgt kuat.
bayangkan bila kekasih tiba2 je tanya pasal kawin ?
dengan tiada kelengkapan yg cukup terpaksa la memberi harapan kpdanya,
TAPI INGAT..!! TUNAIKAN JANJI ANDA..

TAKE TIME ye..bukan senang nk buat benda baik ni ia perlukan masa,
setiap org ingginkan kehidupan yg bahagia selepas kahwin
antaranya,ekonomi kena kukuh kalu xkukuh mcm ne nak bg makan anak bini,
kemudian kesihatan, ehemm2 kena powerr haha..(bergurau je) =)
dan yang paling penting kepercayaan dan toleransi antara satu sama lain.
pekara2 diatas perlu kukuh. baru la boleh dikatakan READY FOR THE NEW LIFE..

so SUSAH-SUSAH DAHULU DAN SENANG-SENANG KEMUDIAN

P/S to my love sabar ye.
                                                                                                 
                                                                                                              CAHAYA iMAN
                                                    
http://files.myopera.com/bogarre/albums/4865692/thumbs/berusaha.jpg_thumb.jpg
hanya kau yg tahu

                                                             

TITIPAN BUAT BAKAL IMAMKU,,,,,








Duhai adam, maaf jika ku terlalu sombong menyembunyikan kekagumanku, jika ku terlalu angkuh memendam perasaanku, dan terlalu naif menginginkanmu menjadi imamku..


Maafkan aku sebab ku tahu, mengekang nafsu itu amatlah susah.. sebab aku selalu "bengkok" dalam mendidik nafsuku, sebab.. perasaan menderaku, logika membantahku.. SEBAB..terlalu banyak sebab sebenarnya..




Wahai engkau yang kelak menjadi Imamku,,

Telah ku semat azzam ku untuk teguh dalam penantianku hingga kau hadir disisi ku sebagai karunia_Nya.
Bersama membangun cinta kepada_Nya.. bergadingan kita mendekat kepada_Nya
Hingga langkah kita saling berhentian kepada_Nya


Duhai pemilik rusuk kiri..
Dengarlah..
Aku akan menguatkan diriku demi kehadiranmu.
Hingga akhirnya cintaku menemukanmu...
Sampai ikrar cinta itu hadir dalam sebuah perjanjian yang kuat, yang Allah menjadi saksinya…



                  In sya ALLAH.. ku yakin perancangan ALLAH itu adalah yang tebaik..



wassalam.. 
QasehIman :)

Monday 17 December 2012


Tolong Jagakan Dia Ya Allah


hubungan antara dua jiwa
Yang berlainan jantina
Perlu ada batasnya
Perlu ada jaraknya
Perlu ada hadnya
Perlu ada pengawasnya
Melainkan sudah disatukan dalam ikatan yang teramat mulia
Dalam lafaz sakinah
Yakni dengan akad nikah.

Jika akad belum mengikat diri
Bentengilah hati
Kawallah hati
Pandulah pergaulan
Kekalkanlah jarak
Minimumkanlah urusan
Tegaskanlah peribadi

Kuatkan hati dan lisan untuk berkata 'TIDAK'
Pada perkara yang sia-sia
Pada perkara yang remeh-temeh
Pada perkara yang boleh melalaikan hati
Pada perkara yang boleh menggugah iman.
Namun, bagaimana jika sudah terlanjur mesra?
Bagaimana jika sudah terlanjur bergerak mengenali?
Bagaimana jka sudah terlanjur biasa bergurau senda?
Bagaimana jika sudah terlalu kerap berhubungan atas urusan yang tidak penting?
Usah khuatir!
Usah bimbang!
Usah risau!                                                 

Ingatlah, Allah itu Maha Pengampun
Lagi Maha Luas Pengampunannya
Serta Maha pengasih
Lagi Maha penyayang


Maka Ayuh, mari kita mulakan dari awal!
Ayuh kita kawal hati
Ayuh kita dalami hakikat dikurniakan hati oleh Sang Pencipta
Ayuh kita dekati para solehin





 CahayaIman