Wednesday 26 December 2012

Keperluan & Kehendak.... :)


Assalamualaikum.
Keperluan dan kehendak merupakan perkara yang berbeza. Keperluan adalah sesuatu benda atau keadaan yang memang perlu untuk hidup kita.. Sebagai contoh, rumah sebagai tempat berteduh, pakaian untuk menutup aurat, makanan sebagai tenaga untuk hidup, dan sebagainya. Senang kata, keperluan ini adalah benda penting untuk kita teruskan kehidupan di bumi ini.




 Manakala kehendak pula adalah sesuatu benda itu akan jadi kehendak bila kita masih boleh teruskan kehidupan seperti biasanya walaupun ketiadaannya.. Contohnya, walaupun kita tak ada iPad tu kita masih boleh hidup dengan biasa. 






Kalau nak online sekalipun mesti ada komputer ataupun laptop kan.. Jadi, perkara sebegitu akan jadi kehendak semata-mata. Kehendak merupakan sesuatu yang tidak akan habis dilayan dan dipenuhi kerana ianya sesuatu yang tidak terbatas.




Kedua perkara ini pasti akan berkait dengan kemampuan. Jika kita mampu untuk memenuhi kehendak kita dan tanpa menyusahkan orang lain itu yang dikatakan berkemampuan. Kita perlu bijak untuk membezakan antara keperluan dan kehendak supaya kita tidak rugi.

No comments:

Post a Comment