Showing posts with label cerita hati. Show all posts
Showing posts with label cerita hati. Show all posts

Wednesday, 26 December 2012

Keperluan & Kehendak.... :)


Assalamualaikum.
Keperluan dan kehendak merupakan perkara yang berbeza. Keperluan adalah sesuatu benda atau keadaan yang memang perlu untuk hidup kita.. Sebagai contoh, rumah sebagai tempat berteduh, pakaian untuk menutup aurat, makanan sebagai tenaga untuk hidup, dan sebagainya. Senang kata, keperluan ini adalah benda penting untuk kita teruskan kehidupan di bumi ini.




 Manakala kehendak pula adalah sesuatu benda itu akan jadi kehendak bila kita masih boleh teruskan kehidupan seperti biasanya walaupun ketiadaannya.. Contohnya, walaupun kita tak ada iPad tu kita masih boleh hidup dengan biasa. 






Kalau nak online sekalipun mesti ada komputer ataupun laptop kan.. Jadi, perkara sebegitu akan jadi kehendak semata-mata. Kehendak merupakan sesuatu yang tidak akan habis dilayan dan dipenuhi kerana ianya sesuatu yang tidak terbatas.




Kedua perkara ini pasti akan berkait dengan kemampuan. Jika kita mampu untuk memenuhi kehendak kita dan tanpa menyusahkan orang lain itu yang dikatakan berkemampuan. Kita perlu bijak untuk membezakan antara keperluan dan kehendak supaya kita tidak rugi.

Monday, 17 December 2012

dimana tenang nye hati???

bile hati dah mule sygkan someone....
life ase cam hampir complete....
lebih2 lagi bile someone tu pon sygkan kite....

tp hubungan tanpa ikatan yg sah disisi Nya..
perlu ker semua tue???
tenang ker hati kite???
betul ker rase hidup dah lengkap??

dalam mencari cinta yang sebenar..
dalam mencari ketenangan hati yang mendamaikan..
dalam mencari redha Ilahi yg pasti..

Ya Rabbi... 
ku yakin semasa ku bertatih kepadaMu...
Kau merangkak dengan redhaMu padaku..
semasa ku berjalan kearah cintaMu..
Kau berlari menyambutku dengan kasih sygMu

Ya Allah..
ku mohon padaMu..
bimbinglah jiwa ini agar makin dekat denganMu..
jauhilah hati ini dari terus leka dgn laranganMu...
redhailah perjalanan hambaMu ini...
kuatkan hati ini menempuh segala ujian Mu...


hanya cinta & kasih sygMu..
pemberi kekuatan dan semangat untukku..
hanya Engkau Maha atas segalanNya..
Amin Ya Rabbal Alamin...

                                                                                 QasehIman